Friday, January 30, 2015

Malaysian team @ Okinawa, Japan...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Lintas langsung ini dibawakan dari bumi Okinawa, Japan ... 
Alhamdulillah.... terima kasih Allah sebab rezekikan kami sampai ke sini....

Day 1 - Arrival @ Japan

Upon Arrival @Kansai Airport, Osaka...

@Kansai Airport...
Transit... before took local flight to Naha City @Okinawa...


upon arrival at our "school"...

Tahap kejakunan yang tidak ber belah bahagi...
haha... banyak gambar kat sini...
hari-hari ambik ...
haha....
tak apa... kat malaysia tak ada...

@ hostel entrance...
sejuk betul time ni...

Jalan kaki almost 2km to mall...


kena hambat dgn anjing...
bersahut-sahutan...
haha... bebudak lelaki dh jauh ke depan...

kami yakin halal... Insya Allah...


Okay... update tu dulu...for day 1.
DAY 2 @ Okinawa, Japan...insya Allah next entry...

Jumpa lagi... insya Allah



Monday, January 26, 2015

Hack web... Jangan Hijacked aircraft



Okay... gua cemas beb...
cemas...
nak terbang dah ni...
doakan kesejahteraan saya dan team yang akan berangkat esok... Insya Allah...


Saturday, January 17, 2015

Harga Baru Passport Malaysia dan Lokasi Baru Imigresen Putrajaya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Sobahannur (betul ke? )...
Ohayogozaimasu...

Okay... harini nak sembang tentang dua perkara i.e. :

1. Lokasi bahagian passport imigresen putrajaya dah berubah lokasi ke menara Ikhlas area presint 2 dan 3.

Ne menara ikhlas.


In front of it is "menara tulus"...
Haha... comel betul nama dia...
tapi aku x suka dua bangunan ni sebab shape dia too simple...
bg aku, ianya mencacatkan pemandangan di presint 2 3 4 ni...

 (sorry i cant differentiate the boundry between presint 2, 3 and 4.
Hihihi... But it is located in between bangunan KPDNKK and istana kehakiman...
Mujur rakan sempat bagitahu malam tadi. Kalau tak aku dah menonong g ke lokasi lama d presint 15.... and i m going to missed the Q.

Aku sampai pagi ni di menara ikhlas jam 730 pagi.... Dia punya Q nak ambik nombor...
Subhanallah.... oit panjang sungguh ....


Aku dah cemas dalam hati ada ke nombor aku ni.Tawakal jer Q.
Buka jer time nak ambik nombor... pegawai imigresen tu dah duduk depan lif untuk bagi nombor...
Fuhh... syukur alhamdulillah... dah berjaya dapat nombor...
Aku dah sedih dah kalau kena ambik off pagi isnin... aku tak suka ganggu waktu kerja walaupun buat passport ni atas urusan rasmi lah...


Banyak juga kaunter buka.
terima kasih imigresen dan kerajaan malaysia kerana sudi beroperasi d hari sabtu...


2. Harga Baru Passport Malaysia...

Okay  .... untuk mkluman juga... bermula 15 januari 2015... harga passport untuk 5 tahun dah tinggal rm200 sahaja.... yeay... alhamdulillah... sapa buat 14 januari 2015 jangan nanges yer...
Dan passport 2 tahun dah dimansuhkan... yes they should do that earlier... membazir betul duration 2 tahun tu... i mean dari segi passport management di pihak imigresen dan kerugian tempoh. Ko buat 2 tahun... tapi sebenarnya ko boleh guna setahun 6 bulan jer...


Setahun aku tak g luar negara i.e. sepanjang 2014 aku dok kat malaysia diam-diam sebab aku menghormati tahun melawat malaysia... hihihi... aku hanya melancong dalam negara jer... tu pun tak satu pun aku update blog sebab aku super bizi in 2014...





Sebenarnya passport aku ada 8 bulan lagi nak expired...
(Tata passport... will missed you darling... )

Aku ingat nak redah jer g... tapi rakan nasihatkan suruh buat... imigresen pun advice suruh buat baru... maka tabahlah aku datang hari sabtu pukul 730 pagi nak buat passport baru...

daaaannnn sekarang dah tak payah bawak gambar... dia ambik gambar kau kat depan kaunter macam nak buat kad pengenalan...
So make sure korang pakai comel2 yer... sebab passport ni nak guna 5 tahun...
Hihihi...
Dan aku nyer muka tak comel pun pagi ni... (haha bajet semalam comel ke)...
Bluwek ×$^&*¥(&$÷@|\□♡♧}~[♡♤|\~~~
(BAHASA ALFONSO...)

Sekarang dah pukul 9.00 pagi dan baru nombor ke 30....
Nombor aku yang ke 113... bertabahlah huda... nak g breakfast pun tak berani...
Kat bawah ni jual air2 kopi mocha segala... mau mendidih perut aku minum mocha pagi2 hari ni.... jom cari surau lah... buat dhuha dulu.... yok korang...

Sekian... semoga bermanfaat....


Sunday, January 11, 2015

Telkung Cotton for travel - murah dan selesa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Jika ada yang berminat - telkung cotton for travel... sila roger saya... for best price, Insya Allah...

Apa kelebihan telkung ni :
1. Kain nya labuh...
2. Telkung (selain putih dan cream) ianya tak jarang dan saya tak perlu guna inner...
3. Ringan dan amat mudah untuk di bawa travel. ( saya asyik kna g meeting kl - berat lh letak lycra dlm handbag - makan ruang) - so telkung ni paling best lah.

Actualy i bought it for myself selepas tengok rakan pakai dan kain dia labuh ...
Terus semangat mencari...






So siapa berminat blh roger ea (reallife.nhhas@gmail.com)...
Atau tinggalkan contact number anda diruangan komen ya...

Semoga bermanfaat...
@nhhas

Friday, January 9, 2015

Batas pergaulan...

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...


I found this reminder is very useful and worth sharing...


Ketika itu, saya menelefon seorang tuan guru yang alim serta amat saya hormati cara pergaulannya dan penghormatannya kepada kaum wanita. Sebaik mengangkat gagang telefon, beliau terus bertanya apakah keperluan saya menghubunginya. Bila saya melontarkan persoalan, beliau terus menjawab pertanyaan itu tanpa bertanya lebih lanjut seperti pertanyaan : “Saudari belajar di mana, jurusan apa,” dan seumpamanya . Sebaliknya, sebaik sahaja selesai memberikan jawapan, beliau terus meminta maaf, memberi salam dan lantas mengakhiri perbualan.

Pada saya, inilah contoh yang amat tepat agar pergaulan antara dua jantina dapat dijaga sebaik-baiknya. Walaupun jarak usia antara keduanya mungkin jauh, namun syaitan tidak memandang itu semua. Asal saja ada ruang, fitnah yang merosakkan boleh saja mengetuk jendela rasa.

Amanah dalam menjaga batas perhubungan, sama ada di hadapan orang lain atau ketika bersendirian inilah yang menjadi ujian semua orang baik seseorang itu bergelar agamawan terkenal sekalipun.

Seorang suami atau isteri, boleh saja menahan diri atau mengawal perbualannya ketika berchatting bersama seseorang lain berbeza jantina sewaktu di rumah atau ketika pasangan dan anak-anak ada bersamanya, akan tetapi bila bersendirian di pejabat atau ketika berjauhan dari pasangan dan anak-anak, maka kawalan itu sudah longgar, lantaran itu tidak sedikit yang tersasar dari batas dan sempadan pergaulan yang disyari’atkan.

Situasi sebegini hakikatnya menuntut kejujuran seseorang kepada ALLAH Subhanahu wa ta’ala dalam mengukur sejauhmana urusannya itu satu keperluan atau mengikut nafsu semata-mata. Dan kejujuran itu pula bergantung kepada sejauh mana keimanannya kepada Yang Maha Esa. Jika muraqabatillah seseorang itu kuat ( yakni merasa diri sentiasa dalam pandangan ALLAH ), maka itu yg akan menjadi pengawal dirinya. Jika tidak maka kemungkinan besar, dia hanyut bersama dengan teknologi moden ini.

Full article read HERE...
Actually Ustazah Norhaslina Jusin nak share tentang kerisauan terhadap anak2 zaman teknologi ni... tapi saya rasa... phrase di atas is a very good reminder to adult / parents too...
Suami orang berchatting dengan isteri orang di laman sosial... what a very unhealthy era im living now... huhuhu...

Semoga bermanfaat...

@nhhas


Tuesday, January 6, 2015

Jadual Pengajian 2015 @ Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan (Masjid Besi)


Jadual kelas pengajian dewasa 2015 @ Masjid Putra, Putrajaya...
Pendaftaran sebelum 9 Januari 2015

Jadual kelas pengajian dewasa 2015 @ Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
(MTMZA) @ Masjid Besi, Putrajaya...


Monday, January 5, 2015

Muslimah High Class


Bagaimana menjadi muslimah 'High Class’...

1. Motivate diri dengan mengatakan setiap hari,
“Aku muslimah High Class, Aku ingin cari redha Allah. Aku ingin ke syurgaNya bersama orang yang aku sayang. Aku ingin berakhlak seperti akhlak ahli syurga."

2. Syurga itu mahal, di huni oleh orang-orang mahal (High Class dalam beriman dan bertaqwa kepada Allah). Bukan yang sebaliknya.

Bagaimana menjadi Muslimah High Class :

3. Muslimah High Class adalah yang takut kepada Allah dan RasulNya. Beriman dan bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Sangat ambil berat akan perintah Allah. Sangat takut akan marahnya Allah kepada dirinya. Dia meletakkan Allah adalah keutamaan yang utama dalam segala yang dia lakukan. Setiap perintah Allah cuba dipatuhi.

4. Solat 5 waktu, menutup aurat, berbakti kepada kedua ibubapa, rajin membaca Al-Quran dan menuntut ilmu, taat kepada suami, mendidik anak dengan baik dan lain-lain lagi.

5. Muslimah yang High Class itu yang setia. Setia dalam banyak perkara. Terutama sabar dan solat. Setia dalam berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran. Setia dalam membaca Al-Quran walaupun pada permulaan dia letakkan target sehari sehelai.

6. Muslimah High Class setia dalam mencurahkan kasih sayang yang High Class kepada ibubapanya, kepada suaminya, kepada guru-gurunya, kepada sahabat-sahabatnya, kepada anak-anaknya dan kepada seluruh manusia yang lain mengikut syariat yang digariskan dalam islam dan mencontohi sikap Nabi Muhammad SAW.

7. Muslimah High Class muslimah yang berani untuk mengambil langkah untuk berubah. Dia berani untuk berubah walaupun perlu menggunakan “analogi anak kecil” iaitu dari tidak pandai berjalan sehingga menjadi pandai berjalan dan akhirnya pandai berlari.

8. Jadilah yang terpilih dan memilih. Jangan jadi yang terpilih tapi tidak memilih. Melangkahlah perlahan-lahan. Jika sebelum ini tidak solat, sekarang sudah solat juga satu perubahan. Jika sebelum ni bercakap kasar, sekarang berusaha sedikit demi sedikit untuk menjaga tutur kata juga ialah satu perubahan.

9. Muslimah High Class seorang yang tabah hatinya dalam ujian hidup. Allah menguji kita sesuai dengan kesanggupan kita.
Allah menguji kerana Allah mempersiapkan kita untuk menjadi tabah dan menjadi perempuan yang berdikari, matang, kental jiwanya walau apa jua di hadapan. Allah mempersiapkan diri kita untuk amanah-amanah yang lebih banyak di masa akan datang.

10. Muslimah High Class sedar, tahu, dan mahu. Dia sedar yang akhirnya dia akan mati dan kembali kepada Allah. Dia sedar yang setiap apa yang dia lakukan didunia akan dicatat samaada sebagai pahala dan dosa. Kerana matlamatnya ingin bertemu dengan Allah, Rasulullah, dan berbahagia selama-lamanya di Syurga.

Sama sama kita berusaha menjadi Muslimah High Class.

Wallahu'alam ...

Dipetik dari group whatsApps...

26.10.2014
Usrah Bidadari Bidadari Syurga, Johor