Wednesday, April 23, 2014

Seorang pencinta kerana Allah...

assalamualaikum wbt...

i found this... n i felt waste kalau tak paste here... sebab kata2 dia yang best...  tapi saya serba salah nak letak LINK... 
jap lagi kantoi lak ngan weols punya "presiden"... hahaha...sebab i ambik ne dari presiden nyer official wedding page.... harap2 sampai bila2 pun presiden tak sempat singgah sini...

p/s:  kak shidah n Eliz n my best buddy nani n farah... if in case kalian tersampai kat belog TP, jangan kantoikan TP kat P tau... hehehe....janji tau...

dan presiden.. kalau tersampai kat sini... buat2 bodo suda... jangan komen apa2 tau... 
malu dah TP ne... hehehe...


Agama Islam adalah agama percintaan dan kasih sayang. Firman Allah di dalam surah Ar-Rum ayat 21, “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.”
Apabila dua insan bercinta, ada yang sayang menyayang kerana “cinta berahi” yang wujud di antara mereka. Cinta berahi yang sampai ke jinjang pelamin akan terselamat dari gangguan syaitan. Cinta berahi yang tercemar dengan hasutan syaitan akan berakhir dengen keterlanjuran.
Di dalam keadaan lain, ada yang sayang menyayang kerana Allah. Bercinta sesama makhluk kerana Allah adalah lebih selamat. Ia tidak melukakan hati, tidak meresahkan jiwa, tidak merosakkan akhlak, tidak perlu risau tentang “frust”, tidak perlu melayan perasaan cemburu. Menurut Rasulullah, menyayangi seseorang kerana Allah dapat mendatangkan kemanisan iman.[1] Namun, tidak ramai yang mengetahui caranya.
Menurut Imam Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin, kecintaan seseorang yang hakiki kepada insan lain kerana Allah bukanlah bermaksud mencintai insan itu kerana dzatnya (sifatnya), sebaliknya adalah kerana insan itu dapat mendekatkan diri sendiri dengan akhirat.
Menurut beliau lagi, bahawa seorang lelaki mengahwini seorang wanita soleh supaya terpelihara dari gangguan syaitan, supaya terjaga agamanya, supaya memperolehi anak-anak yang soleh dari wanita itu dan seterusnya anak-anak itu mendoakan untuknya. Lalu apabila lelaki berkenaan mencintai wanita itu kerana semua sebab-sebab di atas, maka dia adalah tergolong sebagai salah seorang pencinta kerana Allah.[2] Perkara ini dinukilankan oleh Al-Ghazali lebih kurang 1000 tahun yang lalu.
Selepas ini, apabila anda mencari cinta, carilah cinta yang wujud kerana Allah. Apabila anda menemui cinta, tanya diri sendiri kenapa anda mencintainya? Apakah kaitan cinta itu dengan akhirat anda?
Wallahu’alam.

6 comments:

  1. Begitulah hendaknya. Masih berpeluang utk yg masih mencari. Kalau pasangan dipilih kerana Allah sudah pasti hasil dari zuriatnya juga yg baik-baik belaka. Insya-Allah..

    ReplyDelete
  2. bagusnya nasihat ni.. dulu tak pernah pun tanya soalan camni kat diri sendiri :)

    ReplyDelete
  3. satu posting yang sangat baik...
    bercinta kerana Allah, susah nak praktikkan tapi insya Allah.

    ReplyDelete
  4. satu posting yang sangat baik...
    bercinta kerana Allah, susah nak praktikkan tapi insya Allah.

    ReplyDelete
  5. Salam bertemu kembali..

    Menarik catatannya. InsyaAllah..kita cuba yang terbaik, cinta kerana Allah untuk mendapat cinta Allah.

    ps: malam ni jumpa kat kelas bahasa Arab ye, insyaAllah.

    ReplyDelete
  6. mudah2an kita tergolong sebagai salah seorang pencinta kerana Allah..

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)